Friday 27 January 2012

Nota Tajuk 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

Terdapat 3 cara mudah untuk mencari bahan Bahasa Melayu di internet, iaitu :

1.     Menggunakan Web, Video, Audio dan Imej
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang boleh digunakan di internet seperti Yahoo, Google, MSN, dan lain-lain. . Kebiasaannya pengguna akan menggunakan pembekal maklumat Yahoo dan Google. Hampir kesemua pembekal maklumat di internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu berunsurkan audio, video, teks dan grafik. 

           Cara-cara untuk mendapatkan bahan menggunakan web, video,audio dan imej :

2. Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan
    pengajaran bahasa Melayu.

  • Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

  • Setelah itu, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi    perkataan resepi + masakan. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

  •  Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda seperti resepi masakan. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.



3. Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet
    Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan
    katalog Internet.

  *Alamat Internet
  - Dapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.
  -Setelah itu, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak dan klik copy.
  -Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut pada fail yang berkenaan.
  -Masukkan tajuk halaman tadi. 
  -Contohnya :  Wajik
                         http://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik



*Katalog Alamat Internet.
-Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat
 internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat
 internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang
 disertakan. Sila lihat contoh:

Tajuk       : Peribahasa Melayu

URL         : http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php? pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a

Sinopsis  : Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di        
                   gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan  
                   semua peribahasa.


No comments:

Post a Comment